3:41 PM

Berhati-hati...

Posted by ridslife

Setelah habis kelas IM pagi tadi, aku menghantar segala asiment2 yang terakhir iaitu Marcom dengan Sales. Setelah selesai semua urusan, aku pun blk. Dalam perjalanan pulang, tiba2 hujan turun dengan sangat lebat. Memang habis basah lencun baju aku. Nak wat cmne x kan nak berhenti di tgh2 hutan. Aku tetap meneruskan perjalanan dengan membawa motorku dengan penuh berhati hati. Setakat 40 km/j je aku bwk... slow kan? Kalo laju cmfm memang x nmpk jalan la. Apabila tiba di suatu selekoh berhampiran dengan G. Ledang, tiba2 aku ternampak seperti bongkah yang sangat besar di tengah2 jalan. Bila aku semakin menghampiri bongkah tersebut, rupa2 nyer sebuah van telah terbalik di tengah2 jalan raya. Terdapat beberapa anggota polis yang mengawal lalu lintas di situ bagi mengelakkan penguna jalan raya yang lain turut mengalami kemalangan kerana pada ketika itu, hujan turun dengan sangat lebat. Dalam van tersebut, terdapat seorang lelaki yang sedang berlumuran darah. Yang jelas dapat dilihat pada tangannnya yang berlumuran darah. Aku rasa kemalangan tersebut baru je berlaku dan akibat jalan yang licin menyebabkan dia x dapat mengawal van tersebut... Aku tetap meneruskan perjalananku walaupun dalam keadaan hujan dengan penuh berhati-hati.

8:55 AM

Melepas

Posted by ridslife


Aku nak story satu cite kat semua tentang frust nyer aku pada 1 Mac lepas. Masa sem lepas aku ade g perak. Nak dijadikan cite aku g Perak g kenduri kawin sepupu aku. Aku dengan family aku naik kete Honda Civic kwan ayah aku nyer kereta. Kete ayah aku ni bila nak jln jauh cikit ade la ragamnyer mcm2 nak rosak air cond la, tangki air rosak la mcm2 lg. Syok la dapat bawak kete tu. Kalo dapat beli kan bagus kete ni... Tapi pada 1 Mac lepas kawan ayah aku ni telah menjual kereta tersebut dengan harga yang cukup MURAH RM15,000 shj. Terkejut x? Kalo la ayah aku tahu yang dia nak jual kete tu mmg cmfm ayah dah beli. Masa dia jual kete tu ayah x tahu dan dia berda dalam masalah kewangan yang cukup meruncingkan. Alahai... melepas ayah nak memiliki kereta idamannya. Bayangkanlah Honda yang cukup gah dijual dengan harga RM15,000 je. Kalo ayah dapat beli kete Honda tu aku akan dapat kete ayah yang lama tu. Tapi nak wat cmne kan.. X de rezeki. Emmm.... Aku dah keje nnti siap la Honda Civic kau akan jadi milik aku... Wait and see. My dream will come true

8:32 AM

Mata

Posted by ridslife


Semalam hari yang sangat mengejutkan bagi aku. Pas bangun je dari tidur terus aku ke bilik air. Ape lagi nak basuh muka gosok gigi dan nak solat subuh. Tapi alangkah terperanjat nyera aku bila aku dapati mata ku merah bagaikan biji saga. Knape ni? Sakit mata ke? Knape perlu hari nie baru nak kena? Semua persoalan ini membelenggu diriku. Biasa kalo sakit mata, mataku akan sakit tapi ni x sakit pun. Cuma rasa kegatalan sahaja yang menghantui mataku. Aku rasa mataku telsh dimasuki oleh ulat lampu semasa aku sedang nyenyak tidur. Pada malam sebelum aku tidur, aku dapati banyak ulat lampu berkeliaran dalam bilikku. Selepas test BEL semalam aku terus ke Unimart mencari eye mo bagi mengurangkan rasa gatal ni. Masa jawab BEL tu aku rasa macam nak gonyoh je mata ni. Alhamdulillah pas jr titiskan eye mo rasa gatal itu hilang dan warna kemerahan pada mataku beransur-ansur hilang. Tapi sampai saat mataku masih lagi merah tapi tidaklah seteruk semalam namun rasa gatal telah hilang. Bila aku bangun je dari tidur hari ni, aku dapati mataku semakin pulih dan tidak semerah semalam. Alhamdulillah.

11:22 AM

Demam Bermula

Posted by ridslife

Agak-agak korang ape yang aku maksudkan dengan demam ni? Aku akan kategorikan demam ni kepada 2 iaitu demam nak wat asiment dan demam betul2 bab skrang ni musim hujan. Lambakan asiment yang melanda skrang ni betul2 membuatkan aku nak demam. Asiment Sales, IM, Channel, Marcom BEL dan CTU. Nasib baik aku dah ade yang start awal2 x de la tertekan sangat. Melalui tekanan ini la mengajar aku mcm mane nak mematangkan diri ku ini supaya lebih menghargai masa. Sambil aku menulis membuat blog ni aku juga sedang mencari maklumat tentang IM nak wat Web. Poning kepalo den ni ha. Salah c'kit wat navigation berterabur semua web tu.

Satu lagi fenomena yang berlaku sekarang ni tiap2 hari hujan je. Kalo x pagi ptg yg hujan, kalo x ptg pagi yg hujan. Riso gak aku tiap2 hari hujan. Nak g kelas ke blk kelas ke basah kena hujan. Minggu lepas je tiap2 hari aku blk kelas je basah lencun baju. Nak wat cmne, redha je. Sampaikan beg terpaksa dibuang kerana dakwat pen tertumpah dan membasahi beg itu. X leh wat ape la. La ni tiap2 kali sblm tido asiment membelenggu diriku.

10:17 PM

B.U.M.

Posted by ridslife

Setiap orang mempunyai koleksi dalam hidup mereka. Ada yang suka kumpul stem, ada yg suka kumpul duit syiling lama2, ada yg suka baby doll, baju, beg dan kasut. Aku pun ada koleksi iaitu jam tangan. Aku suka kumpul jam tangan bab aku suka design2 jam ni. Semua menarik2 belaka. Kalo la aku kaya nak je aku borong semua jam yg ade kat kdai tu. Jam yg paling aku syg ialah yg berjenama B.U.M. Jam ini dihadiahkan oleh ayahku ketika aku berumur 16 tahun kerana aku dpt result yg boleh la dikatakan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Seronok x terkata bila dihadiahkan jam yang berjenama mahal mcm tu. Pada aku itu la jam yang paling mahal yang aku ada. Sampai sekarang ni jam B.U.M. ini masih lagi ku pakai walaupun dah 4 kali putus talinya namun tetap ku hantar repair untuk gantikan dengan tali yang baru. Jam tangan ini aku pakai ke mana sahaja aku pergi. Pernah ade 1 kejadian yang berlaku di surau admin UiTM di mana jam tangan aku tertinggal. Aku gelabah dah sampai kat tmpt parking motor ni baru perasan jam x de. Muka pun da mcm nak nangis pun ada. Aku terus start enjin motor lalu bergegas ke surau admin. Nasib baik jam tangan ku masih ada di situ. Memang x dpt lupakan kejadian itu. Jam ini mmg dah banyak berjasa padaku. Jam ini aku akan gunakan tiap kali peperiksaan yg aku hadapi spt SPM, STPM dan paper2 final dari sem 1 sampai sem 3. Tapi kini aku sedih, jam itu tidak lagi dapat aku gunakan bab talinya putus lg... huhu...

Ingatlah semua masa itu sangat berharga dan kepada sesiapa yang memiliki jam jaga la ia sebaik mungkin semantara masih ada.

7:41 PM

Kelebihan Senyuman

Posted by ridslife

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


3. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


4. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


5. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.


6. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


7. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

11:42 PM

Kita Sebatang Pensel

Posted by ridslife


Seorang lelaki merenung pensel yang baru dibuatnya. Cantik, lebih cantik, lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa. Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke daalm kotak, lelaki berkenaan berkata, "Ada 5 perkara yang perlu engkau ketahui sebelum kumasukkan menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa.


Pertama: Kau boleh menulis banyak perkara hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau benarkan dirimu dipegang oleh seseorang.

Kedua: Kau akan alami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang lebih baik

Ketiga: Kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.

Keempat: Benda yang paling berharga padamu berada di dalam tubuhmu.
Kelima: Tidak kira di atas permukaan apa kau digunakan, kau mesti tinggalkan bekasmu.


Walau dalam keadaan apa sekalipun, engkau mesti terus menulis. Ia berjanji akan menggalas tugas-tugas seperti yang diamanahkan. Lalu dia pun dimasukkan ke dalam bekasnya.


Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita. Ingat kelima-lima perkaar penting itu dan kita akan menjadi manusia yang hebat sepanjang masa.


Pertama: Kita boleh lakukan banyak perkara hebat, dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Ilahi. Dalam masa yang sam, izinkan manusia lain memandu mencapai impian hidup dan melakukan yang terbaik.

Kedua: Kita akan menderita bila ditajamkan dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan. Biarpun sakit, tapi kita amat memerlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal, gigih, serta berfikiran tajam.

Ketiga: Kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Keempat: Bahagian paling berharga pada diri kita berada di dalam tubuh.

Kelima: Tidak kira atas permukaan apa kita melangkah, kita mesti meninggalkan bekas.


Tidak kira bagaimana situasi melanda, terus melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan secemerlang yang boleh