10:17 PM

B.U.M.

Posted by ridslife

Setiap orang mempunyai koleksi dalam hidup mereka. Ada yang suka kumpul stem, ada yg suka kumpul duit syiling lama2, ada yg suka baby doll, baju, beg dan kasut. Aku pun ada koleksi iaitu jam tangan. Aku suka kumpul jam tangan bab aku suka design2 jam ni. Semua menarik2 belaka. Kalo la aku kaya nak je aku borong semua jam yg ade kat kdai tu. Jam yg paling aku syg ialah yg berjenama B.U.M. Jam ini dihadiahkan oleh ayahku ketika aku berumur 16 tahun kerana aku dpt result yg boleh la dikatakan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Seronok x terkata bila dihadiahkan jam yang berjenama mahal mcm tu. Pada aku itu la jam yang paling mahal yang aku ada. Sampai sekarang ni jam B.U.M. ini masih lagi ku pakai walaupun dah 4 kali putus talinya namun tetap ku hantar repair untuk gantikan dengan tali yang baru. Jam tangan ini aku pakai ke mana sahaja aku pergi. Pernah ade 1 kejadian yang berlaku di surau admin UiTM di mana jam tangan aku tertinggal. Aku gelabah dah sampai kat tmpt parking motor ni baru perasan jam x de. Muka pun da mcm nak nangis pun ada. Aku terus start enjin motor lalu bergegas ke surau admin. Nasib baik jam tangan ku masih ada di situ. Memang x dpt lupakan kejadian itu. Jam ini mmg dah banyak berjasa padaku. Jam ini aku akan gunakan tiap kali peperiksaan yg aku hadapi spt SPM, STPM dan paper2 final dari sem 1 sampai sem 3. Tapi kini aku sedih, jam itu tidak lagi dapat aku gunakan bab talinya putus lg... huhu...

Ingatlah semua masa itu sangat berharga dan kepada sesiapa yang memiliki jam jaga la ia sebaik mungkin semantara masih ada.

0 comments:

Post a Comment