Setelah habis kelas IM pagi tadi, aku menghantar segala asiment2 yang terakhir iaitu Marcom dengan Sales. Setelah selesai semua urusan, aku pun blk. Dalam perjalanan pulang, tiba2 hujan turun dengan sangat lebat. Memang habis basah lencun baju aku. Nak wat cmne x kan nak berhenti di tgh2 hutan. Aku tetap meneruskan perjalanan dengan membawa motorku dengan penuh berhati hati. Setakat 40 km/j je aku bwk... slow kan? Kalo laju cmfm memang x nmpk jalan la. Apabila tiba di suatu selekoh berhampiran dengan G. Ledang, tiba2 aku ternampak seperti bongkah yang sangat besar di tengah2 jalan. Bila aku semakin menghampiri bongkah tersebut, rupa2 nyer sebuah van telah terbalik di tengah2 jalan raya. Terdapat beberapa anggota polis yang mengawal lalu lintas di situ bagi mengelakkan penguna jalan raya yang lain turut mengalami kemalangan kerana pada ketika itu, hujan turun dengan sangat lebat. Dalam van tersebut, terdapat seorang lelaki yang sedang berlumuran darah. Yang jelas dapat dilihat pada tangannnya yang berlumuran darah. Aku rasa kemalangan tersebut baru je berlaku dan akibat jalan yang licin menyebabkan dia x dapat mengawal van tersebut... Aku tetap meneruskan perjalananku walaupun dalam keadaan hujan dengan penuh berhati-hati.
Links

Setiap orang mempunyai koleksi dalam hidup mereka. Ada yang suka kumpul stem, ada yg suka kumpul duit syiling lama2, ada yg suka baby doll, baju, beg dan kasut. Aku pun ada koleksi iaitu jam tangan. Aku suka kumpul jam tangan bab aku suka design2 jam ni. Semua menarik2 belaka. Kalo la aku kaya nak je aku borong semua jam yg ade kat kdai tu. Jam yg paling aku syg ialah yg berjenama B.U.M. Jam ini dihadiahkan oleh ayahku ketika aku berumur 16 tahun kerana aku dpt result yg boleh la dikatakan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Seronok x terkata bila dihadiahkan jam yang berjenama mahal mcm tu. Pada aku itu la jam yang paling mahal yang aku ada. Sampai sekarang ni jam B.U.M. ini masih lagi ku pakai walaupun dah 4 kali putus talinya namun tetap ku hantar repair untuk gantikan dengan tali yang baru. Jam tangan ini aku pakai ke mana sahaja aku pergi. Pernah ade 1 kejadian yang berlaku di surau admin UiTM di mana jam tangan aku tertinggal. Aku gelabah dah sampai kat tmpt parking motor ni baru perasan jam x de. Muka pun da mcm nak nangis pun ada. Aku terus start enjin motor lalu bergegas ke surau admin. Nasib baik jam tangan ku masih ada di situ. Memang x dpt lupakan kejadian itu. Jam ini mmg dah banyak berjasa padaku. Jam ini aku akan gunakan tiap kali peperiksaan yg aku hadapi spt SPM, STPM dan paper2 final dari sem 1 sampai sem 3. Tapi kini aku sedih, jam itu tidak lagi dapat aku gunakan bab talinya putus lg... huhu...
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Kelima: Tidak kira di atas permukaan apa kau digunakan, kau mesti tinggalkan bekasmu.