12:10 PM

Sahabat....

Posted by ridslife


Menidakkan kemampuan rakan...
Adakah itu dikatakan sahabat...?

Memperlekehkan tindakan rakan...
Adakah itu dikatakan sahabat...?

Menghina perlakuan rakan...
Adakah itu dikatakan sahabat?

Kenangan pada tahun 2005 merupakn saat yg sedih dalam hidupku. Dalam kesibukan kawan2 ku yang lain membuat persiapan utk memasuki kolej matrikulasi, universiti2 dan politeknik aku masih lagi menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran. Namun penantian ku sia2 belaka. Aku menerima tawaran utk menyambung pelajaran ke form 6.

Seorang daripada sahabat baikku semasa di form 5 dulu telah membuatkan aku sangat2 sedih. Dia memperlekehkan kemampuan diriku "boleh ke kau blajar form 6, form 5 pun terkial2" kata2 yg sungguh menyakitkan hati. Sedih sgt2 kena hina mcm tu ibarat aku ni jahil sgt tntg pelajaran. Ternyata kesedihan boleh membuat seseorang menjadi kuat. Mulai hari tersebut, aku berusaha bersungguh-sungguh supaya aku juga boleh menjejakkan kaki ke universiti sama seperti dia.

Walaupun aku masuk ke UiTM agak lmbt berbanding sahabat ku itu, sekarang ni dia sama dengan aku apabila grad nnti. Walaupun dia pernah mengutuk aku pada masa lalu, aku tetap menguntum senyum terhadapya apabila terjumpa tapi dia hanya memalingkan muka.... aku x tau kenapa....

Pesanan aku kepada semua, jangan menidakkan kemampuan orang lain dan memperlekehkan tindakannya kerana setiap manusia yang diciptakan oleh ALLAH ini tidak semuanya sempurna pasti ada kelemahan dan kekurangan.

" Sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang tidak pernah berubah kebaikannya meskipun zaman terus berubah..."

1 comments:

fArlEeya said...

Biarla orang nak kata ape. Mulut orang kita x bley nak tutup. Lumrah manusia.Yang buruk sekilas di air diorang dah tahu. X pe...orang ade..orang akan jadi sahabat abang sampai bila-bila. X pe. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Hidupla dengan cara kita sendiri..chayok ba!!

Post a Comment