12:14 PM

Mungkin Ini Memang Jalan Takdirku....

Posted by ridslife


Tengah aku duk termenung dpn komputer ni, teringat aku masa muda2 dulu sebelum melangkahkan kakiku ke UiTM. Aku terima banyak sangat peluang pekerjaan masa itu.
Cerita nyer bermula begini. Sebaik sahaja STPM yela masa panjang kan sementara nak tunggu keputusan. Aku bosan duk umah aku cari la kerja. Last2 dapat kat salah sebuah kedai di Plaza Angsana iaitu Hot Market sebagai seorang cashier. Masa aku jadi cashier dulu ramai customer cina yang speaking cina dengan aku diorang ingatkan aku ni orang cina, terpinga-pinga aku dibuatnya. Banyak tanda soal kat atas kepala aku ni, nak kira duit lagi, migrain2 aku... Aku tau menjadi seorang cashier x boleh pergi jauh. Aku membuat keputusan untuk mencari kerja lain yang boleh menjamin masa depan. Bermacam-macam kerja yang aku apply. Banyak resume yang aku hantar.

Antara kerja yang aku apply ialah sebagai Penolong Pegawai Tadbir melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor, Pembantu Penerbit Rancangan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Juruwang di sebuah bank iaitu Public Bank. Semua jawatan yg aku apply ini berdasarkan kelulusan STPM yang baru aku perolehi. Semua yg aku apply ini adalah sebagai langkah untuk menjamin masa depan sekiranya aku x dpt masuk Universiti.

Kesemua jawatan yang aku apply itu menemui kejayaan. Yes seronok giler masa tu. Tapi pada masa itu gak la tawaran smbg blajar ke UiTM aku perolehi. Aku dalam dilema sama ada untuk menerima jawatan2 yang telah aku pohon atau menyambung pelajaran. Kusut.... Kusut... Aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran. Aku tahu pelajaran adalah segala-galanya bagiku. Mak aku berkata rezeki ada di mana2 shj jgn takut utk menolak semua tawaran kerja itu. Aku juga ingin membuktikan kpd rakanku yg lain bahawa STPM merupakan jalan yg bolehkan kita masuk universiti.

Dan sekarang ni mmg ini la jln yang aku pilih iaitu sambung belajar dan meneruskan usaha ku mengejar cita2 yang dpt menjamin masa depan.

To Be Continued...

0 comments:

Post a Comment