11:40 AM

Aku Benci Dia

Posted by ridslife


Now I'm back to create a new story in this blog. Aku nak mulakan cite nie dengan kisah yang sungguh menyayat hati pada ari rabu lepas. Seperti biasa la kelas ari Rabu bermula jam 10 pagi iaitu BEL dan aku gerak awal ari tu kerana nak sarapan kat kedai pak cik jaggut dan nak amik buku BEL yang baru spt yang diamanahkan mdm cecilia. Apabila tiba di depan klinik kesihatan segamat tiba2 tangan aku rasa sangat sakit sgt2. Aku melihat tangan ku sedang dihinggap oleh si dia. Kesakitan yang kualami hampir membuatkan aku tidak dapat mengawal motosikalku. Aku mengibas-ngibas tangan ku dan akhirnya si dia hilang dari pandangan dan meninggalkan sesuatu di jari kelingking belah kanan. Kedai pak cik janggut tidak jauh dari situ dan aku berhenti di sana. Aku terpaksa mengeluarkan bisa yang ditinggalkan oleh si dia. Hampir menitiskan air mata ketika itu kerana kesakitan yang kualami untuk mengeluarkan bisa tersebut. Selepas mengeluarkan bisa itu berlaku pembengkakan di tanganku. Selepas diurut-urut kesakitan dan pembengkakan itu berjaya dikurangkan namun rasa kegatalan menghantui diriku. Pada keesokan harinya aku mendapati tangan ku membengkak semula dan makin besar. Aku menjadi takut melihat perubahan pada tanganku. Setelah dinasihatkan oleh yang tersayang aku berjumpa doktor di Penawar dan aku telah diberikan suntikan alergi... peh lenguh giler tangan ku kena suntik. Sekarang bengkak di tangan sudah hilang Alhamdulillah. Rasa kegatalan tetap ada tapi c'kit je. Masuk peristiwa ini aku sudah disengat oleh si dia sebanyak 2 kali . Aku benci dia. Aku benci dia. Aku benci LEBAH. Pas ni kalo nampak lebah aku langgar je. Pesanan kpd semua berhati-hati dengan lebah walaupun ia kecil tapi boleh membuat kita x tidur mlm. Dapatkan rawatan dari doktor sekiranya disengat lebah. Aku juga membenci ape2 yang berkaitan dengan lebah wat masa ni termasuklah madu lebah, Bee's Movie dan seangkatan dengannya.

1 comments:

fArlEeya said...

tula..orang suruh gi klinik awal-awal x nak. Tunjuk hero sangat. Lain kali dengar cakap orang ni. Jangan degil. Kan senang kalau dah jumpa doktor....eeeeee..geram betul dengan budak sorang nie!

Post a Comment