10:09 AM

Restoran Terlampau!!

Posted by ridslife


Malam tadi aku ngan family aku pegi kuar makan. Kitorang gi makan kat restoran yang mana kalau aku sebut nama restoran tu korang mesti tahu. Restoran tu terkenal kat Jb. Restoran 'Singgah Selalu.' Korang familiar x dengan nama tu?? Restoran tu memang famous tapi aku rasa harganya lebih famous daripada makanannya. Sebab ape aku cakap harga dia famous??? Mahal x agak. Mana x nya ayah aku bagi duit RM100! Tapi korang nak tahu baki duit yang diorang balikkan berapa?? RM0.25 sen saja!! Giler x?! Padahal semalam kitorang hanya order nasi goreng kampung 1, nasi goreng cina 1, nasi goreng seafood 1, mi hailam 1, Nasi USA 1 and chicken chop 1. Air pulak kitorang order 6 fresh orange. Yang pelik tu nape restoran tu perlu ade government tax padahal restoran tu berasal dari Malaysia. Purely Johor punye. Aku dah kira. Semalam sepatutnya jumlah kitorang makan cume RM95 tapi disebabkan ade government tax x guna tu aku terpakse bayar RM4.75 extra. So jumlah semua RM99.75. Sumpah x makan kat situ lagi!!!!!!!! Aku tahulah restoran tu memang exclusive tapi bagi aku makanannya punya rase sama aje dengan kedai makan mak cik yang kat Upwell tu. Peringatan : Khas untuk restoran tu kan.........janganlah cekik duit orang banyak sangat. Kalau orang x redha duit yang diorang bayar tu, korang dapat rezeki haram tau. Pada orang ramai beringatlah sebelum terkena. Kalau nak makan jugak kat situ, penuhkanlah duit di poket.

0 comments:

Post a Comment