12:57 PM

Nasib penunggang motosikal....

Posted by ridslife

Tidak hairanlah mengapa statistik kemalangan motosikal adalah yang tertinggi di Malaysia. Ini berlaku kerana kecuaian pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Janganlah bersikap prejudis terhadap penunggang-peninggang motosikal kerana tidak semua penunggang-penunggang tersebut menunggang secara berbahaya. Sebagai bukti, hari ini aku hampir dilanggar dua kali disebabkan oleh kelalaian orang lain. Kejadian pertama berlaku semasa di persimpangan lampu isyarat di mana pemandu yang jahil dengan undang-undang itu telah melanggar lampu isyarat merah dan ketika itulah aku hampir dilanggar olehnya. Kejadian kedua pulak berlaku ketika aku sedang menunggang di lorong kiri jalan raya. Tiba-tiba seorang pemandu gila masuk secara tiba-tiba ke lorong kiri itu dengan tidak memberi sebarang isyarat. Ia memaksa aku untuk brek emergency. Kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain, tolonglah jaga keselamatan bersama. Janganlah pandang penunggang motosikal ni kecik je. Hormatlah pengguna jalan raya yang lain. Jagalah keselamatan bersama nescaya semua orang akan selamat.

0 comments:

Post a Comment