8:12 PM

Raja Lawak 3

Posted by ridslife


Semalam menjadi saksi kejayaan 3 orang anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai SEPAH. Mereka telah dinobatkan sebagai Raja Lawak musim ketiga. SEPAH yang dianggotai oleh Shahmira Muhamad, Mohd. Nadzri Zainal Abidin dan Mohd. Noor Murad membuktikan diri mereka sebaris dengan Yus dan juga Nabil iaitu Juara Raja Lawak Pertama dan Kedua. Bagai nak pecah perut ketawa melihat lawak mereka malam semalam. Peserta lain juga tidak kurang hebatnya iaitu Jihan dan Amir. Jihan mencipta sejarah apabila menjadi peserta wanita pertama yang berjaya hingga ke peringkat final dan ini membuktikan bukan sahaja lelaki sahaja yang boleh berlawak wanita juga boleh melawak. Mereka la yang bakal menggantikan Datuk Yahya Sulong, Hamid Gurkha dan ramai lagi pelawak tanah air. Walaupun pengalaman yang mereka miliki masih lagi cetek, namun apa yang pasti berdasarkan bakat yang dimiliki kita tidak akan ketandusan pelawak pada masa akan datang. Bakat yang mereka ada perlu digilap lagi bagi memantopkan diri untuk mengharungi perjalanan seni yang penuh liku dan ranjau. Yang paling menarik minat aku smlm ialah kata2 yang diluahkan oleh Mamat (dua dari kiri) dia ada menyebut " mak, orang x dpt bg segulung ijazah utk mak, tp inilah kejayaan yang mampu orang capai " . Aku percaya setiap orang boleh berjaya dalam apa jua bidang yang mereka usahakan asalkan ada niat untuk berjaya serta usaha yang berterusan tidak pernah kenal erti putus asa. Syabas aku ucapkan kepada SEPAH dan semua peserta Raja Lawak 3.

1 comments:

fArlEeya said...

go sepah go! 4 jihan, hidup wanita!! Huhuhu

Post a Comment