2:32 PM

Hargailah....

Posted by ridslife


Di tengah keseronokan orang ramai menjamu selera bersama keluarga dan rakan taulan,
terdapat seorang warga emas berbaju biru dan uban memenuhi kepala, duduk seorang diri menjamu selera air bandung dan mee rebus. Orang tua tu duduk bertentangan dengan ku dengan raut wajah sedih. Kasihan benar aku melihatnya. Hatiku berdetik hiba taktala melihatnya. Ingin saje aku melangkahkan kakiku ke arah mejanya. Aku terfikir mana pergi anak2 nyer. X terfikir ke di minda mereka yang ayah mereka memerlukan anak2 di saat begini. Setiap anak mampu memberikan wang dan ringgit kepada ibu bapa mereka tp bab kasih sayang belum tentu mereka mampu curahkan. Walaupun kita sebagai anak tidak nampak kesedihan yang ditanggung oleh bapa2 kita, namun apa yang mereka harapkan hanyalah 1 iaitu kasih sayang dan ingin melihat anak mereka menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Ayah kita la yang mencari rezeki tanpa mengira penat lelah hujan mahupun panas membanting tulang 4 kerat untuk pastikan kita dapat makan, pakaian dan pelajaran.

Wang bukanlah segala-galanya. Aku pernah melihat situasi ini di kampungku di mana seorang anak yang tidak berpelajaran tinggi belajar setakat tingkatan 3 sanggup menjaga ayahnya yang lumpuh. Dia mempunyai 2 kakak dan seorang abang. Adik beradik nyer yg lain meninggalkan kampung dan tidak pulang2 melihatnya dan ayah mereka. Duit dikirim kepada bapa mereka setiap bulan. Awal puasa tahun lepas bapa mereka meninggal dunia dan yang paling menyedihkan anak2 yang meninggalkan kmpg itu tidak pulang menziarahi bapa mereka. Layakkah mereka dipanggil anak lg?????? Kejarkan sangat kemewahan????? Kejarkan sangat dunia ni???? Mereka ini memang patut digelar si Tanggang. Nak tau x ape yang terjadi kepada anak yang berpelajaran tinggi td? Berkat dia menjaga ayahnya yang sakit itu, dia ditawarkan menjadi Pengurus Felda di kampung aku.

Pesanan aku kepada semua berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini. Tanpa mereka tiada la kita di dunia ini. Walau sesusah mane pun kita hidup janganlah kita mengabaikan ibu bapa kita. Sayangilah ibu bapa kita kerana pelbagai manfaat yang kita bakal perlolehi jika barbakti kepada mereka.

Renung-Renungkanlah:

" seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tp 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu "

1 comments:

fArlEeya said...

Touchingnyer cerita u nie. semoga itu x akan pernah terjadi pada kita InsyaALLAH

Post a Comment