9:43 PM

Sampah... Sampah... Sampah...

Posted by ridslife


" Kebersihan adalah sebahagian daripada iman "

Itu merupakan ungkapan keramat yang sering diungkapkan dengan kata-kata. Namun pelaksanaannya jauh panggang dari api. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan kebersihan masih lagi rendah. Semua sampah sarap dibuang di merata-rata tempat termasuklah taman2 permainan, jalan raya dan di longkang2 kawasan perumahan serta di sungai-sungai.

Aku ingin mendedahkan kepada semua tentang sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya yang membuang sampah di serata jalan. Selama 4 tahun aku memiliki lesen memandu, pelbagai kerenah pengguna jalan raya yang lain aku perhatikan. Rata2 amat mengecewakan. Sikap suka membuang sampah keluar dari kenderaan amat membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama penunggang motosikal.

Peristiwa yang berlaku ke atas aku hari ini menjadi titik tolak aku menulis tentang kebersihan. Ketika aku mengekori sebuah van tiba2 pemandu van tersebut mencampakkan sesuatu keluar dari kenderaannya. Aku x tau ape yang dicampakkannya namun ianya terkena pada aku. Tangan ku lebam sehingga kini.

Aku harap pengguna2 jln raya yg lain jaga kebersihan jln raya bersama-sama dan janganlah kecuaian kita membahayakan orang lain.

" Kebersihan adalah tanggungjawab bersama "

1 comments:

fArlEeya said...

Baik punyo papan tando. Huhuhu

Post a Comment