5:16 PM

Hujan

Posted by ridslife

Hari Isnin yang lalu. Selesai solat subuh, aku melelapkan mata semula kerana kedinginan pagi menggoda aku untuk tidur semula. Kalo kat Segamat dapat plak nak bgn lambat2 nie. Jangan harap la.Mane x nyer kelas setiap hari start kol 8 kecuali hari Rabu kelas start kol 10. Adoyai... Jam 9 pagi aku bangkit dari tidur yang lena. Aku ingatkan dah petang bab mmg gelap giler cuaca kat luar... Gelabah semacam di buat nyer. Tgk jam kat hp kol 9 pagi. Fuh nasib baik. Rasa mmg malas nak bangun tp kena gak bgn bab hari ini aku akan pulang ke Segamat setelah 4 hari aku bercuti. Langit kat luar mmg gelap. Anytime je awan yg berat tu akan menjatuhkan air hujan. Dalam kol 11 pagi aku bertolak ke Bus Stand Larkin bersama dengan family aku. Adik aku pun blk KL tengah hari ni. Bila kami sampai je kat Larkin hujan pun turun selebat-lebat nyer. Orang ramai cuba mencari tempat untuk berteduh untuk mengelakkan tempias air hujan. Kesian mereka. Ada pakcik2 dan makcik2 yang menghantar anak2 mereka pulang yang basah kuyup kerana hujan yang terlalu lebat. Dalam kol 12.15 aku bertolak dari Larkin ke Segamat. Delay 15 minit tu. Nak wat cmne ramai passenger yg blum sampai lg bab hujan. Dalam perjalanan tersebut hujan turun dengan sangat lebat. Nak tengok keadaan di luar pun susah. Ape yang dapat aku perhatikan bnyk jalan2 di JB ni telah dinaiki air atau lebih dikenali dengan banjir kilat. Banyak kenderaan yang tersadai di tepi jalan akibat meredah air2 yang bertakung di atas jalan raya. Ape lg enjin masuk air la tu kan? JB juga mengalami kesesakan yang teruk akibat banjir kilat ini. Yg aku dapat perhatikan kesasakan yang teruk berlaku di Jalan Skudai berhampiran dengan susur masuk ke highway Pasir Gudang. Air melimpahi jalan. Pendapat aku ialah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan sempurna merupakan punca utama banjir kilat ni. Sepanjang perjalanan aku ke Segamat ni tidak ade satu tempat pun yang kering semua nyer hujan. Ape lagi keje aku dalam bas tido la... huhu... Sejuk2 ni mmg best tdo... Sampai je kat sgmt pun hujan gak... Habis basah sweather aku...

0 comments:

Post a Comment