1:05 PM

Suatu Kelegaan

Posted by ridslife


Setelah mengharungi 5 test yg sungguh memenatkan, hari ini suatu kelegaan bagi aku. Bermula dengan hari Ahad dengan test IM disusuli dengan Channel pada hari Isnin dan diikuti dengan sales pada hari Selasa. 3 hari yg sungguh meletihkan kepala nie namun aku harungi dengan penuh kesabaran. Dan kemuncak bagi test2 ni semua ialah pada hari semalam iaitu 2 test dalam hari yg sama iaitu Marcom pada sblh ptg dan ME pd sblh mlm. Wow!!! Memang penat giler semalam. Bgn kol 5.30 pagi dan sepanjang hari smlm aku berada di UiTM. Kol 10 mlm baru aku blk dr UiTM. Ketika itu perut memang dah masuk angin dah. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang minggu test ini. Yg paling top ialah kes bdak2 yg meniru masa test menjadi bualan hangat di kalangan student2 marketing. Sepanjang minggu ini jugak bnyk masa aku habiskan di library dan boleh dikatakan library jd rumah kedua aku minggu nie. Aku berterima kasih kepada yg tersayang kerana sepanjang minggu nie sentiasa berada di samping aku menelaah pelajaran bersamaku. Hari ini aku nak rileks sepuas- puasnya kerana sbg reward ke atas diri aku yg sepanjang minggu ni berusaha keras utk test ni.

0 comments:

Post a Comment