11:42 PM

Kita Sebatang Pensel

Posted by ridslife


Seorang lelaki merenung pensel yang baru dibuatnya. Cantik, lebih cantik, lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa. Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke daalm kotak, lelaki berkenaan berkata, "Ada 5 perkara yang perlu engkau ketahui sebelum kumasukkan menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa.


Pertama: Kau boleh menulis banyak perkara hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau benarkan dirimu dipegang oleh seseorang.

Kedua: Kau akan alami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang lebih baik

Ketiga: Kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.

Keempat: Benda yang paling berharga padamu berada di dalam tubuhmu.
Kelima: Tidak kira di atas permukaan apa kau digunakan, kau mesti tinggalkan bekasmu.


Walau dalam keadaan apa sekalipun, engkau mesti terus menulis. Ia berjanji akan menggalas tugas-tugas seperti yang diamanahkan. Lalu dia pun dimasukkan ke dalam bekasnya.


Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita. Ingat kelima-lima perkaar penting itu dan kita akan menjadi manusia yang hebat sepanjang masa.


Pertama: Kita boleh lakukan banyak perkara hebat, dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Ilahi. Dalam masa yang sam, izinkan manusia lain memandu mencapai impian hidup dan melakukan yang terbaik.

Kedua: Kita akan menderita bila ditajamkan dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan. Biarpun sakit, tapi kita amat memerlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal, gigih, serta berfikiran tajam.

Ketiga: Kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Keempat: Bahagian paling berharga pada diri kita berada di dalam tubuh.

Kelima: Tidak kira atas permukaan apa kita melangkah, kita mesti meninggalkan bekas.


Tidak kira bagaimana situasi melanda, terus melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan secemerlang yang boleh

0 comments:

Post a Comment