12:13 PM

Badminton

Posted by ridslife


Badminton adalah sukan yang paling aku minati sejak dari kecil lagi. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi menjadikan badminton sebagai sukan no 1 aku. Tiap hari Sabtu cam biasa la aktiviti kokurikulum. Masa ini la aku tunjukkan skills yang aku ade backhand dan smash. Aku juga pernah mewakili sekolah ke pertandingan badminton. Idola aku pada masa itu ialah Rashid Sidek adik kpd Misbun Sidek. Pencapaian terbaik aku ialah tempat ketiga peringkat daerah. Boleh la... Masuk je sekolah menengah aku terus mengaktifkan diri dalam sukan ini. Tp malangnya aku x dpt mewakili sekolah pun kerana ada ramai lagi pemain yang lebih berbakat daripada aku. Nak wat cmne kan Redha je. emmm...

Setiap kali kejohanan badminton antarabangsa diadakan seperti Kejuaraan Dunia, Olimpik, Terbuka Malaysia dan banyak lagi, aku sentiasa mengikutinya terutamanya yang melibatkan pemain2 Malaysia seperti Datuk Lee Chong Wei, Fairuzizuan dan Zakry serta ramai lagi pemain Malaysia. Sekarang ini Datuk Lee Chong Wei sedang menyertai kejohanan badminton Terbuka England yang merupakan kejohanan yang tertua di dunia dan paling berprestij. Beliau telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir setelah mengalahkan Taufiq Hidayat. Diharapkan Malaysia mampu merangkul kejuaraan All England pada tahun ini.

BAM yang menjadi badan induk yang menguruskan sukan badminton harus memikirkan langkah dan usaha agar ramai pemain pelapis yang berbakat mampu menggantikan tempat pemain senior yang sedia ada sekarang ini. Usaha ini adalah untuk memastikan sukan badminton terus maju dan diminati oleh semua rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment